Ahad, 7 Mac 2010

Mengakhirkan Cerita

GUNAKAN KREATIVITI ANDA UNTUK MENYELESAIKAN CERITA

Salam sejahtera murid-murid semua.

Cikgu harap anda semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Kali ini anda akan diberi arahan melalui ruangan blog ini. Cikgu harap anda akan memperolehi pengalaman baru dalam meraih ilmu menerusi kecanggihan teknologi yang disediakan ini.

Anda perlu mengikuti arahan yang disenaraikan di bawah:

1) Sila lihat gambar bersiri yang telah dimuat naikkan di bawah.

2) Anda dikehendaki mengakhirkan jalan cerita gambar bersiri ini (petak nombor 4 yang ada tanda tanya).

3) Bina satu perenggan untuk gambar keempat sahaja.

4) Tuliskan di kertas tulis.

5) Hantarkan tugasan anda kepada guru Bahasa Melayu anda.


Ringkasan cerita mengenai gambar dan soalan-soalan yang dapat membantu anda:

Pada Ahad lalu, Hassan ternampak dua orang sahabatnya, Ali dan Ahmad sedang bertengkar. Mereka kelihatan amat marah dengan satu sama lain. Dalam keadaan yang teramat marah itu, tiba-tiba Ali menolak Ahmad sehingga Ahmad terjatuh. Hassan terkejut melihat perbuatan Ali. Tanpa membuang masa, Hassan bergegas ke arah mereka dan cuba menenangkan teman-temannya itu.

Apakah agaknya yang terjadi seterusnya?
Adakah Hassan berjaya menenangkan keadaan?
Adakah Ali dan Ahmad berbaik semula?
Mungkinkah mereka terus bermusuhan?

(Gambar bersiri ini diubahsuai dari buku Latihan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah , Rohasan Mansor,Abd.Manaf Mohd Yasir,1997)


SELAMAT MENCUBA..:))

1 Ulasan:

Di 8 Mac 2010 pada 10:11 PTG, Blogger E-Hub Karya Kita berkata...

Anda boleh berikan pendapat anda tentang tugasan ini.

 

Catat Ulasan

Pendapat anda....

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama